Monday, January 26, 2015

Adat resam perkahwinan kaum minang kabau

Orang Minangkabau merupakan penduduk asal kawasan Sumatera Barat, Indonesia. Pada permulaan abad ke-14, masyarakat Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka kemudian ke Rembau. Minangkabau merupakan gabungan daripada perkataan ‘Minang’ yang bermaksud ‘Menang’ dan ‘Kabau’ bermaksud ‘Kerbau’. Gabungan perkataan ini diperoleh daripada peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau dengan seorang Putera dari kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Tanah Melayu. Bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau mencadangkan pertandingan beradu kerbau


Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat Matrilineal yang terbesar di dunia. Adat ini menyebabkan kaum lelaki Minangkabau merantau untuk mencari ilmu dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun selalunya akan meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau yang mana mereka akan diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula mereka digalakkan untuk meninggalkan kampung halaman untuk mencari pengalaman di dunia luar agar mereka dapat menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan kampung halaman.

Selain itu, biasanya masyarakat Minangkabau merupakan penganut agama Islam. Disebabkan itu, majlis pernikahan bagi masyarakat ini dilakukan mengikut syariat Islam dan adat mereka yang tersendiri. Syarat-syarat perkahwinan bagi masyarakat Minangkabau adalah kedua calon mesti beragama Islam, tidak berasal daripada suku yang sama kecuali persukuan itu berasal dari negeri yang lain, saling menghormati antara satu sama lain dan keluarga kedua belah pihak serta calon suami harus mempunyai sumber pendapatan. Perkahwinan yang tidak memenuhi syarat di atas dianggap perkahwinan sumbang. Selain itu, masih ada peraturan tertentu dan upacara adat agama Islam yang harus dipatuhi iaitu majlis jopuik manjopuik, pinang meminang, batuko tando, akad nikah, baralek gadang, jalang menjalang, dan sebagainya.

Disamping itu, dalam upacara kematian, masyarakat Minangkabau mengutamakan perkara-perkara wajib menurut syariat Islam seperti pengurusan jenazah. Seterusnya, akan diadakan majlis memperingati Allahyarham seperti manujuah hari iaitu majlis memperingati tujuh hari, duo puluah hari iaitu majlis memperingati hari ke empat puluh dan akhir sekali manyaratuih hari iaitu majlis memperingati hari ke seratus.

Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu, tetapi berbeza dari segi sebutan dan tatabahasa. Contohnya, “Sadang kayu di rimbo tok samo tinggi, kok kunun manusia” yang bermaksud, sedangkan pohon di hutan tidak sama tinggi, apatah lagi manusia.

Masyarakat Minangkabau juga menyukai masakan pedas dan banyak menggunakan santan kelapa. Antara makanan terkenal bagi masyarakat ini adalah rendang dan dendeng balado. Rendang mempunyai falsafah tersendiri bagi masyarakat Minangkabau iaitu musyawarah. Empat bahan utamanya iaitu daging lembu mewakili para pemimpin suku adat, kelapa mewakili kaum intelektual, lada mewakili alim ulama yang tegas untuk mengajar hukum-hukum agama dan pemasak mewakili keseluruhan masyarakat Minangkabau. Seterusnya, dendeng balado pula merupakan hirisan tipis daging sapi yang dikeringkan lalu digoreng sehingga kering.







Meminang  

 Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibubapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan


Bertunang

Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberikepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya.Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dandiberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki

Majlis perkahwinan


Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayaiwarna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringioleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan diatas pelamin yang telah disediakan diruang tamu. Selepas acara bersanding,pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantinlelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan begitulah sebaliknya. Di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.


Adat resam perkhawinan kaum cina



Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.   Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatursamada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untukmemilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Meminang  

        Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibubapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan
MEMINANG 


  • Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan 
  • Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. 
  • Ibu pengatin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin,peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
  • Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. 
  • Segala ketetapan yang telah dipersetujui,diberitahu kepada ibu bapa pihak lelaki.
  • Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan  dari pihak perempuan. Setelah kedua-dua pihak sudah mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,baru lah adat bertunang dijalankan. 
BERTUNANG
      Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalender cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su. Ini amat penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai  dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan.  
      Pada masa ini bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah  atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur, dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
      Tukang tilik akan  menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua  nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah  yang dinamakan  nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping Nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat -adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. 
       Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantarannya yang cukup kepada pengantin perempuan sejumlah besar wang tunai akan diberi. Berserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarakat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. 

MAJLIS PERKAHWINAN  
  • Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. 
  • Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun dalam seratus hari 
  • Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. 
  • Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah atau kuning. 
  • Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itu lah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. 
  • Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing.Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan diatas pelamin yang telah disediakan diruang tamu. 
  • Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan saudara maranya kepada isterinya dan ini begitu lah sebaliknya disamping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada ahli keluarga mertua masing-masing. 
  • Dalam masyarakat cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat cina yang mempunyai maksud tersendiri. 
  • Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami disamping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
  • Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada suadara mara pihak lelaki. 
  • Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran sama ada dirumah, dewan atau restoran. 
  • Tetamu-tetamu yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak 
  • Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su dihadapan beberapa orang saksi.


Saturday, January 24, 2015

PENDAHULUAN

Setiap masyarakat mempunyai satu cara tersendiri dalam menjalankan tradisi dan adat budaya masing-masing.Begitu juga di dalam upacara perkahwinan.Di kalangan orang melayu perkahwinan merupakan satu perkara penting.Ia adalah satu tahap sejarah hidup seseorang.Oleh kerana itu lah perkahwinan perlu dirancang supaya segala upacara dapat dijalankan dengan sebaik-baiknya. 
Masyarakat tidak mengira apapun begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan.Bagi masyarakat melayu atau yang lain adat resam perkahwinan begitu dititik beratkan.Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan diadakan atau dijalankan dengan meriah dan istiadat.


KAUM MINANG KABAU
KAUM CINA