Monday, January 26, 2015

Adat resam perkhawinan kaum cina



Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.   Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatursamada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untukmemilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Meminang  

        Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibubapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan
MEMINANG 


  • Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan 
  • Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. 
  • Ibu pengatin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin,peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai.
  • Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. 
  • Segala ketetapan yang telah dipersetujui,diberitahu kepada ibu bapa pihak lelaki.
  • Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan  dari pihak perempuan. Setelah kedua-dua pihak sudah mengenal dan bersetuju untuk berkahwin,baru lah adat bertunang dijalankan. 
BERTUNANG
      Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalender cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su. Ini amat penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai  dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan.  
      Pada masa ini bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah  atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur, dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik.
      Tukang tilik akan  menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua  nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah  yang dinamakan  nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping Nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat -adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu. 
       Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantarannya yang cukup kepada pengantin perempuan sejumlah besar wang tunai akan diberi. Berserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarakat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki. 

MAJLIS PERKAHWINAN  
  • Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. 
  • Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun dalam seratus hari 
  • Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. 
  • Baju pengantin sebaik-baiknya berwarna putih, merah atau kuning. 
  • Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itu lah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. 
  • Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing.Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan diatas pelamin yang telah disediakan diruang tamu. 
  • Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing.Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan saudara maranya kepada isterinya dan ini begitu lah sebaliknya disamping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada ahli keluarga mertua masing-masing. 
  • Dalam masyarakat cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat cina yang mempunyai maksud tersendiri. 
  • Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami disamping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. 
  • Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada suadara mara pihak lelaki. 
  • Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran sama ada dirumah, dewan atau restoran. 
  • Tetamu-tetamu yang datang akan membawa Ang-pau sebagai hadiah pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak 
  • Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su dihadapan beberapa orang saksi.


No comments:

Post a Comment